Sistem Rangkaian
Latarbelakang
Sistem rangkaian setempat maklumat di Kompleks JKR telah mula dipasang pada tahun 1990 dengan menggunakan topologi Ethernet. Pada tahun 1994, kemudahan komunikasi telah dinaiktaraf kepada penggunaan FDDI dan Ethernet. FDDI digunakan untuk server sementara Ethernet digunakan untuk users. Kemudian pada akhir tahun 1997 sekali lagi sistem ini telah dinaiktaraf kepada sistem yang ada sekarang yang dikenali sebagai NET-WORKS II.
NET-WORKS II
NET-WORKS II merangkumi 'multiple LAN (Local Area Network)', VLAN (Virtual Local Area Network) dan WAN (Wide Area Network). Sistem ini menggunakan ATM Backbone dengan Fibre Optic, Fast Ethernet dan Ethernet. ATM dan Fast Ethernet digunakan untuk penyambungan server sementara Ethernet kekal sebagai penyambungan user. Kaedah penyambungan ini menggunakan Ring Topology. Setiap networked PC akan disambungkan ke switch yang dipasang di setiap tingkat. Kemudian switch ini di 'collapsed' ke Core Builder. Seterusnya server untuk setiap cawangan disambungkan kepada pengguna melalui Core Builder ini.
Perlaksanaan NET-WORKS II
Oleh kerana kita mempunyai lebih kurang 1600 pengguna, satu sistem pengagihan IP secara dinamik amat diperlukan. Dengan itu 'User IP Address' telah dibahagikan kepada 2 kumpulan yang dikenali sebagai NET-E dan NET-D. Semua pengguna yang dikategorikan dalam kumpulan NET-E akan berupaya untuk 'browsing Internet' manakala NET-D adalah sebaliknya. Dinamik IP ialah suatu sistem di mana IP address akan berubah setiap kali pengguna 'login'. Melalui sistem NET-WORKS II juga Network Administrator akan dapat mengesan setiap site yang dilawati oleh pengguna Internet. Laporan penggunaan dijanakan pada setiap hari untuk membantu pihak pengurusan membuat perancangan dan pengawalan terhadap fasiliti yang telah diberikan.
Buat masa ini JKR hanya mempunyai satu 'leased line' ke JARING yang berkeupayaan 64Kbps. Dengan bandwidth yang hanya 64Kbps, sudah tentu Pusat Teknologi Maklumat tidak dapat memberi servis yang pantas bagi hampir 400 pengguna Internet. Selain dari itu, kemudahan 'File Transfer' juga disediakan.
Memandangkan NET-WORKS II adalah agak kompleks, oleh itu satu sistem pengurusan berpusat iaitu Network Monitoring System (NMS) ditempatkan di Pusat Teknologi Maklumat. Sistem ini menggunakan HP OpenView di mana ianya berkeupayaan untuk memaparkan keseluruhan Network di kompleks ini. Walaubagaimanapun, buat masa ini hanya pengurusan switch sahaja yang dapat dibuat melalui sistem ini.